Salam semua n selamat petang...
Lame dah xupdate pape kat blog ni..huhu...bukan ape...sbnrnyer nk start dah wat bunga telur tp xde plak kamera nk amik gmbar utk letak kat blog ni nnti...so myb..minggu depan akn diusahakan wat bunger telur ek....ok2..ni bukan nk citer bunger telur la...ni nk cite benda yg cik mah dah wat in advance terus untuk majlis kawin...hahaha....ms tgh bc blog B2B tb2 ade terperasan teks untuk emcee mjlis kahwin...menarik...ada dua sebnarnyer...tp yg cik mah nk tunjuk nnti yg cik mah dah pilih siap2 n edit..wawawa....tu yg advance tu kan...ala...dgn keje yg xberapa ada kat opis ni...cik mah pun menggunakan masa dngn sebaiknyer...cewahhhh.....hahahha...tmbah2 lg...bos not in de house...hahahhaa.....
teruskan pd citer ek...cik mah suker ngan teks ucapan ni..tp maaf ek..cik mah xingat blog ape cik mah amik...tp tuan punyer blog kata xpe...bole copy..tq tuan punyer...sgt2 bermurah hati untuk berkongsi..."sy suker ma" (mcm meimei dlm upin ipin plak)...adoi..ni gara2 hari2 tgok upin ipin la ni..blik keje je smpai umah kol 6.30 ptg je..ank buah dah tunggu tv9 nk tgok..so cik mah pun layan je la..terhibur rase...
eh2 dah terlencong plak..ade lencongan td..sory2...kat teks dibawah ni ade yg kaler2 ijau tu maknanyer blum bp nk konfem lg la ek...kn pk2 n discus bersama ahli jawatan kuasa tertinggi..hehehe...untuk kaler purple n oren tu untuk emcee laki n pompuan..br r rase serasi bila da uda dan dara kan..hehehhe....
untuk B2B yg lain...meh la sama2 menghayati teks ucapan ni ek...sure korang pun suker punyer...ringkas tp padat..jom layan....
....inilah teks ucapannyer...
Masa: 11.00 pagi ; Ketibaan tetamu
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]
Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu
Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]
Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan
[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[ENTRY MUZIK DIPASANG ]
[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]
[ENTRY MUZIK DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN LELAKI DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]
[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN lelaki]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]
Masa: 12.30 petang; Mengalukan kehadiran tetamu
Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan
Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang ke majlis perkahwinan Encik khairul affandi Bin zainan dan Puan siti rahmah Binti othman.
Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis perkahwinan anak perempuan encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain dengan pasangannya.
Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]
Masa: 1 petang; Ketibaan Pengantin dan Rombongan
[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[ENTRY MUZIK DIPASANG ]
Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan mempelai ini.
[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]
Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu
Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari kita, Encik khairul affandi Bin zainan dan Puan siti rahmah Binti othman dengan diiringi paluan kompang dari Persatuan Kompang ?????.
[ENTRY MUZIK DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN LELAKI DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE. KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]
[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
LEmah gemalai hayun tersusun
Maklumlah dipanggil raja sehari
[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN lelaki]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan
Yang dihormati encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini
Yang diraikan pasangan mempelai; Encik khairul affandi Bin zainan dan Puan siti rahmah Binti Othman
Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin lelaki dari Kuala besut,Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan semua.
Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.
Masa: 1.15 petang; Bacaan Doa
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]
Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan ???? untuk bacaan doa. Dipersilakan.
[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]
Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi.
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
Masa: 1.30 petang; Makan Beradab
[PASANG SEMULA SEBAGAI LATAR]
Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga
Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]
Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan
Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput keluarga kepada pengantin lelaki ke meja beradap.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]
Seterusnya, dipersilakan, encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain, ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]
[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]
Buat pasangan raja sehari, majlis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kalian berdua.
Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan, majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini.
Puan siti rahmah Binti othman, berasal dari Kuala lumpur merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Beliau kini bertugas sebgai jurutera elektrik.
Pasangan beliau Encik khairul affandi Bin zainan dan., berasal dari kuala besut, terengganu,merupakan anak kedua jg daripada dua orang adik beradik. Beliau kini bertugas sebagai jurutera awam.
Mereka mula berkenalan pada September 2006 di uitm pulau pinang. Perkenalan yang bermula sebagai kawan biasa, akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, kedua-dua mempelai ini telah mengikat tali pertunangan pada 22 januari 2012 dan selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada ?? febuari 2013 di Gombak,kuala lumpur.
Buat affandi dan juga rahmah,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.
[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU ]
Masa: 2.00 petang; Memotong kek
Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas permintaan pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu “sedetik lebih”.
[EMCEE PASANG "LAGU sedetik lebih" DARI anuar zain]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]
Masa:2.15 petang; Sesi Bergambar
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi untuk duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]
Dengan hormatnya, majlis menjemput encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain, ayahanda dan bonda kepada pengantin perempuan untuk ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai.
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain]
Seterusnya, majlis menjemput Puan maimunah, bonda,datuk serta nenda pengantin lelaki untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama mempelai dan keluarga besan yang baharu.
[encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[encik Othman mustafa dan Puan shahidah mohd zain TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN keluarga pengantin lelaki]
Masa: 2.30 petang; Bersurai
Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa
Kalau sedikit, sesudu seorang,
Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.
Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin, selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya menjemput pasangan mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para hadirin yang berhajat mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan. Sila tampil kehadapan.
Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung
Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa
Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia ini.
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh
Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak ampun dan maaf.
Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah
Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.
Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.
Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
.....................................................................................................................................................................tamat sudah....
ok2..walaupun terlebih advance...tp ade yg kn pk lg...eh sape ek yg nk bc teks ucapan ni ek..ala2....ni nk kn pk ni...ade yg volunteer x jd emcee mjlis kawin cik mah nti..heheh...sape lah yg kn t ek.dlm pikiran ni ade dh name2 yg akn dipilih.ok lg 1,korang perasan x ade masa potong kek tu...cik mah request lg anuar zain...hehehe....cik mah mmg minat giler r kat anuar zain ni...so meh layan skali lirik anuar zain sedetik lebih.,...
SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
…
by EDRY ABDUL HALIM
TQ...
CIK MAH
4 00 sudi berkongsi cerita:
dear! saya sangat suka muacks muackhs..haha.sy volunteer! agaga.. gurau je.
btw,mmg best! terasa nk berpantun lepas baca.ahah! ;-)
hehehhe....menarik kan teks tu...wawawa....sy tau mmg kamu berbakt pun berpantun n jd emcee ni..hehehe...if kamu sudi...ama lg r suker meloncat2 tau... :)
lalala..tgh practise neh...hiks! ^^
@ayu'shaza amir
wawa...bgus2....excited t nk dengar... :)
Post a Comment