Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

**Kawan baru**

hari demi hari yg indah...

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 9 December 2013

15 tips....

selamat pagi cantik manis...wahhh..awal2 lagi pagi ni cik mah dah post entry...smngt ha....bukan ape...tip untuk monday blues...jom2..

15 Tips Tangani Monday Blues

1. Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. 
Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga. 

2. Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin ya!)

3. Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.


4. Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh.

5. Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.

6. Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.

7. Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.

8. Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.

9. Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.

10. Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.

11. Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.

12. Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari. Jika sukses, jangan lupa ucap tahniah untuk diri sendiri ya!

13. Dari segi penampilan diri, boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.

14. Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.

15. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.

semoga xde dah ek monday2 blues..smoga kita sama2 bersemngat untuk permulaan setiap minggu...

tips ni cik mah amik dari



3 00 sudi berkongsi cerita:

NinaAz said...

No monday bluesss. Heee

Puan Awin said...

tq puan mah...sharing is caring...

Nursaila Norman said...

sejak keja tempat baru ni tak pernah monday blues! hehehe..alhamdulillah..kadang2 x sedar pun esok isnin :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...