Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

**Kawan baru**

hari demi hari yg indah...

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Thursday 26 December 2013

Darah nifas...

selamat tgh hari cantik manis...lewat sikit update hr ni sbb ngah siapkan temphan tasbih...xla lagi nk bercuti pnjng dah..so cepat2 siapakn tempahan semua..ye lah..manalah tau bby nk kuar awal ke kan..hehhehe...

cik mah wat entry ni sbb sebgai rujukan cik mah n untuk cantik manis juga yg sama2 akan melahirkan bby nnti..insyaAllah...dulu2 mmg pernah belajar...tp bertahun dulu lah kan..mana lah nk ingt...xde ulang2 pun belajar ni...belajar yg berulang slalunya pasal darah haid je..so cik mah google n cari info..supaya cik mah lebih phm n le share ngan cantik manis....
      
yg ni yg cik mah amik dari google...dari Husna Hassan ( husna@telagabiru.net.my)

cik mah ringkaskan sikit..untuk memudahkan cik mah paham n ingt...
Definisi
Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin.



amik dari google n edit2 sikit bg jelas...  

Tempoh Nifas
Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. 

Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring.
Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu titik darah sahaja yang keluar atau sedetik, tetap dikira darah nifas. 
  •  Mazhab Syafi’i pula mengatakan bahawa tempoh maksimum adalah 60 hari. Pendapat ini berdasarkan pengalaman dan pengamatan Imam Syafi’i yang mendapati terdapat wanita yang mengalami nifas sehingga menjangkau 60 hari. Hadis Ummu Salamah pula menunjukkan tempoh kebiasaan nifas bagi wanita, bukan tempoh maksimum.
Oleh sebab itu, mengikut pendapat mazhab Syafi’i, wanita yang masih keluar haid selepas hari ke-40 hingga hari ke-60, itu adalah nifas. Namun sekiranya ada darah yang keluar selepas 60, maka itu adalah darah penyakit (istihadah) dan wajib bagi wanita tersebut mandi dan mengerjakan ibadat seperti biasa.
Anas r.a. pula berkata: “Rasulullah telah memberikan waktu bagi wanita yang sedang nifas selama 40 hari kecuali jika wanita tersebut melihat dia telah suci sebelum waktu itu.” (Riwayat Ibn Majah)
Bersalin Caesar
 Dalam kes seperti ini, al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’ menyatakan bahawa hukum bagi wanita yang bersalin dengan kaedah Caesar adalah sama dengan wanita yang keluar nifas selepas bersalin normal. Apabila ada darah keluar, maka hendaklah ia meninggalkan solat dan puasa. Sebaliknya andainya tiada darah yang keluar, maka hendaklah ia mandi, mengerjakan solat dan berpuasa seperti biasa. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keguguran
Bagi wanita yang keguguran, jika bayi yang dikandungnya telah cukup sifatnya, darah yang keluar itu adalah darah nifas. Namun sebaliknya, jika janin masih dalam keadaan segumpal darah atau daging, maka darah yang keluar itu hanyalah darah haid.
Darah yang Keluar sebelum melahirkan
Sekiranya ada darah yang keluar sebelum melahirkan, menurut al-Lajnah al-Da’imah li al-Buhuth al-Ilmiyyah wa al-Ifta’, sekiranya darah yang keluar tidak diikuti oleh rasa sakit akibat kontraksi, maka darah tersebut bukan darah haid. Oleh sebab itu, ibadah sepatutnya diteruskan seperti biasa. Namun sekiranya darah yang keluar diikuti oleh kontraksi yang menyebabkan rasa sakit hampir melahirkan, maka darah itu darah nifas. (Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah)
Keadaan-keadaan Nifas
  • 1. Wanita yang mengalami nifas kurang daripada tempoh 60 hari (mengikut mazhab Syafi’i) dikira nifas. Apabila didapati darah telah berhenti sebelum 60 hari, maka janganlah tergesa-gesa mandi melainkan telah pasti tiada darah yang keluar.
  • 2. Wanita yang mengalami nifas lebih daripada 60 hari secara terus-menerus. Maka dalam tempoh 60 hari itu dikira nifas. Darah yang keluar selepas 60 hari itu merupakan darah penyakit (istihadah).
  • 3. Darah nifas terputus-putus. Keadaan ini dialami oleh sesetengah wanita yang mengalami nifas untuk beberapa hari, berhenti beberapa hari dan kembali keluar dari lagi kemudiannya. Oleh itu, sekiranya darah yang keluar itu dalam tempoh 60 hari, maka darah yang keluar setelah berhenti seketika itu tetap darah nifas.

cara-cara mandi nifas

Cara-cara mandi adalah sama dengan mandi wajib setelah haid yang sedia maklum dalam kalangan wanita. Cuma yang membezakan adalah niat, atau boleh juga berniat dengan niat yang umum iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum-hukum bagi wanita yang 

berada dalam keadaan nifas.
Hukum wanita yang dalam keadaan nifas adalah sama seperti wanita yang berada dalam keadaan haid.
Suami tidak boleh menggauli isterinya selama mana isteri masih dalam nifas. Namun bagi suami yang tetap menggauli isterinya dalam tempoh itu, tiada kafarah dikenakan.

sumber: SOLUSI

TQ

PUAN MAH






2 00 sudi berkongsi cerita:

NinaAz said...

Debor tak puan mah? Hehee

cik mah said...

@NinaAz

debar xrase sngt lagi ni...berdebar nk mendidik anak tu yg lebih.,...harap menjadi anak soleh atau solehah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...