Free blog design by Louise Franks {Blog} Designs. Digiscrapping elements by Louise Franks{Digiscrapping} Designs.»

**Kawan baru**

hari demi hari yg indah...

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie First Birthday tickers

Sunday, 2 December 2012

Sebelum itu...


selamat malam..terima kasih sudi singgah lagi blog cik mah....memandangkan n terpandang ticker yg semakin hmpir....borang2 yg xselesai lagi...tp suku way dah..hahhaha...ade ke mcm tu...so...untuk jadikan half way...seperti bakal-bakal pengantin lain...cik mah juga akan wat HIV test....sebelum itu kan...knlah amik tau serba sedikit...

dulu masa sekolah mmg ingt sngt n tau tentng ini...tp lama2 lupa dah...ish2...penting sebenarnya...cuma wat xendah...bhya sebenarnya...

so..sebelum p wat...cik mah wat research sikit..apakah HIV???

sape boleh jawab mmg pndai...n mmg comel..hehehe


Human

Immunodeficiency 

Virus


virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan AIDS. 

Ada dua jenis HIV...iaitu...HIV-1 dan HIV-2. 

HIV-1 merupakan jangkitan yang sangat berbahaya kepada orang lain.

HIV-2 pula tidak begitu berbahaya. 

HIV akn menyerang Sistem daya tahan badan, menyebabkan badan lemah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. 

POSITIF 


ini adalah apabila seseorang individu itu disahkan dijangkiti HIV tetapi tidak semestinya menghadapi AIDS kerana AIDS adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.


Bagaimanakah HIV boleh dijangkiti?



Melalui perhubungan seks tidak selamat dengan mereka yang positif HIV.


 Hubungan seks oral(mulut), dubur, faraj tanpa perlindungan dengan pasangan yang dijangkiti
.
    Perlakuan seks seperti bersentuhan  dimana kedua-dua pihak mempunyai luka atau ruam pada kulit mereka dimana salah seorang adalah positif HIV.


 Melakukan hubungan seks tidak selamat dengan pelacur atau pondan atau berbilang pasangan yang tidak diketahui status kesihatan mereka (berisiko).


 Melalui perkongsian jarum atau bahan-bahan suntikan dengan orang yang dijangkiti.

  Mempunyai pasangan yang mengambil dadah (berisiko).


  Dari ibu ke anak semasa kehamilan, kelahiran atau menyusu badan jika si ibu adalah positif HIV.



Jgnlah sesekali memperkecilkan kemungkinan ini krna virus HIV membiak dan memusnahkan sistem ketahanan badan secara senyap-senyap walaupun anda kelihatan sihat sahaja tanpa sebarang tanda atau simptom.


Bagaimanakah HIV tidak boleh dijangkiti?

  Di luar tubuh manusia seperti di atas kulit atau pakaian, dalam air atau udara.

 tidak boleh berjangkit melalui air peluh, air kencing atau air mata.

 tidak boleh berjangkit menerusi kulit yang sihat ataupun melalui udara.



      HIV tidak boleh dijangkiti melalui...

  Pendermaan darah kerana peralatan yang digunakan untuk mengambil darah tersebut adalah disteril dan hanya digunakan sekali sahaja.

 Proses pemindahan darah kerana pada masa sekarang, semua darah yang didermakan di Malaysia telah disaring untuk mengesan kehadiran antibodi HIV.

 Berjabat tangan, berpelukan, bersentuhan,dan bercium.

 Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam.

   Berkongsi makanan.

 Menggunakan pinggan, sudu dan gelas yang digunakan oleh pesakit HIV kerana virus HIV tidak boleh hidup lama di luar tubuh manusia. 

  Berkongsi tempat tinggal, bekerja bersama, belajar bersama atau berkongsi tempat tidur.

   Menjaga seseorang yang positif HIV.



Apakah tanda-tanda atau simptom-simptom jangkitan HIV?


 Tidak menunjukkan sebarang tanda pada permulaanya.Gejala-gejala penyakit ringan dalam masa 2-6 

minggu selepas dijangkiti HIV seperti demam, selesema, sakit tekak, batuk, sakit otot, sakit kepala,

 cirit-birit, atau turun berat badan tetapi ini berlainan dari seseorang ke seseorang yang lain. Tanda-tanda awal ini boleh sembuh dalam beberapa hari. 


Asymptomatic, iaitu tidak menunjukkan apa-apa tanda sama sekali, yang mungkin mengambil 

masa beberapa tahun tanpa diketahui sehinggalah sistem daya tahan badannya menjadi lemah dan orang

 tersebut jatuh sakit disebabkan jangkitan penyakit yang berulang-kali. 



Penyembuhan penyakit HIV/AIDS


Masih tiada lagi ubat atau rawatan untuk menyembuhkan HIV/AIDS. 

Terapi ubat-ubatan dan kaunseling, pemakanan yang sihat boleh menyumbang ke arah kehidupan yang lebih panjang dan sihat untuk pesakit AIDS.


Pencegahan AIDS memerlukan disiplin dan kekuatan diri. Keperluan ini kadang-kadang sukar untuk dipenuhi tetapi ia berkesan dan mampu menyelamatkan nyawa.


so....dah tau dah apa itu HIV...brulah tau knp iai sngt penting untuk setiap pasangan yg hendak berkahwin...en tunang sudah lepas...t en tunang kn teman cik mah wat pulak..heheh...mengada btullah nk berteman2...



TQ

CIK MAH

6 00 sudi berkongsi cerita:

yolanda diego said...

dkt klinik kesihatan presint 9, sebelum diorg bg result hiv, diorg akn ceritakn serba skit mcm kak mah cerita ni.

kak mah buat test hiv kt mane?

Orked said...

ade 1 Lagik penting!!

check talasemia! takot pembawa bertemu pembawa! hohoho (tunang Sya keje kementerian kesihatan) so byk cite psL taLasemia. huhuhu

cik mah said...

@Nn

ooo yeke...xtau nk wat kat ne...dekat klinik sepang xpyh appoiment..g ctu kot...

cik mah said...

@orked violet


ooo..aaa..penting juga tu...tp kan...ade x simptom2 yg nk tau orng tu ade talasemia???

fatehamohamed said...

takut plak nak check talassemia tu ann..huuuu~~

cik mah said...

@fatehamohamed


la np nk takut???sakit ke??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...